saat jari jemari ini menari di atas keyboard ini..airmataku laju menitis di pipi... bagaimana ingin ku mulakan..bagaimana ingin ku sampaikan keperitan di hati ini menanggung pahitnyer perpisahan ini...
wahai murobbiku siti nur amira..tidak pernah terlintas akan hadirnya insan yang istimewa sepertimu dalam hidupku...sesuci ukhwah fillah..setulus kasih harimau..terpatri janji antara 2 insan untuk bersama melangkah ke syurganya... status guru dan murid tidak menjadi penghalang dalam ukhwah yang suci ini kerana ukhwah itu tidak terbatas...
bagaimana ingin ku jelaskan padamu...diri ini amat menyayangimu kerana Allah..dan ku tahu dikau juga begitu...mengapa perlu terjadi perpisahan ini di saat kasih antara kita erat bertaut... mengapa perlu dipisahkan 2 hati yang saling mengasihi kerana Allah....
tuhan...andai ini takdirmu yang tersurat dalam hidupku..tabahkan hatiku menerima ketentuan ini...kuatkan aku untuk terus melangkah tanpa dirinya di sisi..sesungguhnya Kau maha mengetahui, aku teramat menyayangi dirinya kerana mu ya Allah..
kini...tibanya saat perpisahan antara kita...ku pasrah walau hati ini teramat berat dan pedih... ku harap dirimu sentiasa dalam peliharaan Allah...jangan pernah kau lupakan aku dalam hidupmu..jangan pernah kau lupa untuk mendoakan ku dalam setiap doamu...dan jangan pernah kau kurangkan kasih sayang mu padaku...
wahai ustazahku..jaga dirimu baik-baik...moga kita dapat bersama melangkah ke syurgaNya nanti...aku menyayangimu kerana Allah...
Kembara Musafir Menuju Al-Jannah
"ingin tahu di mana kedudukan kita di sisi Allah..maka renungkanlah di mana kita letak Allah dalam hati kita"
Thursday, 17 November 2011
Wednesday, 9 November 2011
Tarikh keramat 1.11.2011
Bismillahirrahmanirrahim... alhamdulillah.. pagi yang cerah..angin bertiup lembut.. seakan mengerti hari ini bakal menjadi hari yang cukup bermakna buatku.. seawal jam 4.30 pagi..aku bangun menyiapkan diri..mandi.. lalu kudirikan tahajud untuk memohon pada yang esa supaya memudahkan urusanku pada hari itu... hati ini berdebar menanti saat demi saat..detik demi detik...ku capai Al-Quran, lalu ku lancarkan hafalan terakhirku untuk disemak pada kelas pagi ini...surah jasiyah..juzu' 25... jam 9.15 pagi..kelas bermula... aku terus melancarkan bacaanku bersungguh-sungguh...semangatku berkobar-kobar untuk menamatkan hafazanku 30 juzu'... tepat jam 10.25 pagi..aku membaca saba' terakhirku itu pada ustazahku...alhamdulillah..dengan izin Allah..akhirnya..aku berjaya menamatkan hafazan al-quran ku..tercapai juga cita-citaku untuk menjadi seorang hafizah... semua ustazah dan juga pelajar berkumpul untuk sama-sama membaca doa khatam al-quran...sebaik sahaja doa habis di baca oleh ustazahku, lantas aku terus bersujud pada yang esa menandakan kesyukuran yang teramat sangat....sambil airmataku laju membasahi pipi... namun aku agak terkilan kerana arwah umiku tidak sempat untuk bersamaku pada hari yang cukup bermakna ini... aku redha akan takdir Allah..DIA lebih menyayangi umiku.. terima kasih yang tak terhingga buat ustazahku, Siti Nor Amira..yang tidak pernah jemu untuk terus mendidik dan membimbingku sehingga aku berjaya menjadi seorang hafizah...aku bersyukur pada Allah kerana mngurniakan aku seorang ustazah yang sangat memahami dan mengambil berat..yang sentiasa ada di saat aku memerlukan..terima kasih ya Allah..terima kasih ustazah... terima kasih juga atas sokongan padu dari sahabat-sahabatku... terima kasih semua..semoga Allah merahmati kalian semua...namun ku tahu..perjuanganku tidak berakhir di sini... masih banyak yang harus ku tempuhi... pimpinlah aku ya Allah dalam menempuh ujian yang mendatang....
Saturday, 9 July 2011
Kembara Hamba Mencari Cahaya
Bermulalah satu perjalanan seorang srikandi muda islam yang sentiasa ingin mencari nur dan cinta ilahi...di sebalik satu perjalanan, tersembunyi likuan-likuan yang penuh ranjau dan duri..namun kaki ini harus terus melangkah selagi roh masih di jasad..kerana ana pembawa agama..
salam ukhwah..ana ruhil humaira al-aslami...tinggal di bangi,selangor.. belajar di madrasah tahfiz al-quran.. di sini ana ingin berkongsi dengan enta org smue erti sebenar seorang mujahidah... salam perkenalan dan salam ukhwah buat semua...
Subscribe to:
Posts (Atom)