"ingin tahu di mana kedudukan kita di sisi Allah..maka renungkanlah di mana kita letak Allah dalam hati kita"

Wednesday, 9 November 2011

Tarikh keramat 1.11.2011

Bismillahirrahmanirrahim... alhamdulillah.. pagi yang cerah..angin bertiup lembut.. seakan mengerti hari ini bakal menjadi hari yang cukup bermakna buatku.. seawal jam 4.30 pagi..aku bangun menyiapkan diri..mandi.. lalu kudirikan tahajud untuk memohon pada yang esa supaya memudahkan urusanku pada hari itu... hati ini berdebar menanti saat demi saat..detik demi detik...ku capai Al-Quran, lalu ku lancarkan hafalan terakhirku untuk disemak pada kelas pagi ini...surah jasiyah..juzu' 25... jam 9.15 pagi..kelas bermula... aku terus melancarkan bacaanku bersungguh-sungguh...semangatku berkobar-kobar untuk menamatkan hafazanku 30 juzu'... tepat jam 10.25 pagi..aku membaca saba' terakhirku itu pada ustazahku...alhamdulillah..dengan izin Allah..akhirnya..aku berjaya menamatkan hafazan al-quran ku..tercapai juga cita-citaku untuk menjadi seorang hafizah... semua ustazah dan juga pelajar berkumpul untuk sama-sama membaca doa khatam al-quran...sebaik sahaja doa habis di baca oleh ustazahku, lantas aku terus bersujud pada yang esa menandakan kesyukuran yang teramat sangat....sambil airmataku laju membasahi pipi... namun aku agak terkilan kerana arwah umiku tidak sempat untuk bersamaku pada hari yang cukup bermakna ini... aku redha akan takdir Allah..DIA lebih menyayangi umiku.. terima kasih yang tak terhingga buat ustazahku, Siti Nor Amira..yang tidak pernah jemu untuk terus mendidik dan membimbingku sehingga aku berjaya menjadi seorang hafizah...aku bersyukur pada Allah kerana mngurniakan aku seorang ustazah yang sangat memahami dan mengambil berat..yang sentiasa ada di saat aku memerlukan..terima kasih ya Allah..terima kasih ustazah... terima kasih juga atas sokongan padu dari sahabat-sahabatku... terima kasih semua..semoga Allah merahmati kalian semua...namun ku tahu..perjuanganku tidak berakhir di sini... masih banyak yang harus ku tempuhi... pimpinlah aku ya Allah dalam menempuh ujian yang mendatang....

No comments:

Post a Comment