"ingin tahu di mana kedudukan kita di sisi Allah..maka renungkanlah di mana kita letak Allah dalam hati kita"

Thursday, 17 November 2011

Kini Tiba Saatnyer Kami Berpisah......

saat jari jemari ini menari di atas keyboard ini..airmataku laju menitis di pipi... bagaimana ingin ku mulakan..bagaimana ingin ku sampaikan keperitan di hati ini menanggung pahitnyer perpisahan ini...


wahai murobbiku siti nur amira..tidak pernah terlintas akan hadirnya insan yang istimewa sepertimu dalam hidupku...sesuci ukhwah fillah..setulus kasih harimau..terpatri janji antara 2 insan untuk bersama melangkah ke syurganya... status guru dan murid tidak menjadi penghalang dalam ukhwah yang suci ini kerana ukhwah itu tidak terbatas...


bagaimana ingin ku jelaskan padamu...diri ini amat menyayangimu kerana Allah..dan ku tahu dikau juga begitu...mengapa perlu terjadi perpisahan ini di saat kasih antara kita erat bertaut... mengapa perlu dipisahkan 2 hati yang saling mengasihi kerana Allah....


tuhan...andai ini takdirmu yang tersurat dalam hidupku..tabahkan hatiku menerima ketentuan ini...kuatkan aku untuk terus melangkah tanpa dirinya di sisi..sesungguhnya Kau maha mengetahui, aku teramat menyayangi dirinya kerana mu ya Allah..


kini...tibanya saat perpisahan antara kita...ku pasrah walau hati ini teramat berat dan pedih... ku harap dirimu sentiasa dalam peliharaan Allah...jangan pernah kau lupakan aku dalam hidupmu..jangan pernah kau lupa untuk mendoakan ku dalam setiap doamu...dan jangan pernah kau kurangkan kasih sayang mu padaku... 


wahai ustazahku..jaga dirimu baik-baik...moga kita dapat bersama melangkah ke syurgaNya nanti...aku menyayangimu kerana Allah...

No comments:

Post a Comment